bunga gugur

Tuesday 16 April 2013

Rumpai Laut "RED"


Cara penyediaan:


1.Cuci Rumpai Laut Kering (anggaran 100gm), ramas-ramas seperti mencuci beras sebanyak 3-4 kali (Boleh juga di ramas-ramas dengan asam keping dan garam)

2.Rendam rumpai laut kering (RLK) yang telah siap di cuci semalaman@6 jam bagi memastikan khasiatnya kekal.

3.Setelah itu, ambil RLK yang sudah kembang dan cuci 3-4 kali lagi dan toskan **JANGAN DIBUANG air rendaman RLK**

4.Campur RLK yang telah kembang dengan 2 liter air kosong dan daun pandan untuk di rebus.

5.Rebus dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala dan masak hingga RLK hancur. ** JANGAN dimasak terlalu lama takut menghilangkan khasiatnya**

6.Sejukkan dan tapis Kalogen tadi. Anda akan dapat air kalogen dan sisa/serat tapisan jika masih ada.

7.Simpan kedua-duanya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk

8.Sedia untuk di gunakan sebagai minuman, tambahan koktail, masker muka/kaki dan lulur mandi.

Nota :

Asam keping dan garam - menghilangkan hablur garam dan hanyir pada rumpai laut
Daun pandan - menghilangkan bau hanyir rumpai laut semasa merebus dan menambahkan aroma pada rumpai laut
Kalau Kalogen RLK ni di gunakan hanya untuk makan / minum, semasa merebus tu boleh lah masukkan madu/gula/ginseng.

Air rendaman Kalogen RLK :

Di gunakan untuk rendaman kaki dan kulit kepala serta rambut. Maklumat lanjut klik kat atau terus link ke
Air Tapisan Kalogen RLK (akan bertukar menjadi jeli) :

Boleh di minum atau di jadikan makanan..saya kongsi beberapa resepi yang boleh di buat menggunakan jeli rumpai laut ni ya!
Di ambil 3 sudu makan setiap hari bersama-sama air suam@jus buah-buahan@makan begitu sahaja. Sebaik-baiknya di ambil semasa perut kosong.

Pagi - sebelum sarapan

Malam - sebelum tidur

No comments:

Post a Comment